Sunday, May 16, 2010

TERIMA KASIH CIKGU..

Hari ini merupakan sambutan hari guru. Guru atau cikgu merupakan insan yang telah mendidik kita dengan mengajar kita tentang ilmu pengetahuan untuk bekalan kita pada masa depan. Saya lagi suka menggunakan panggil cikgu berbanding guru, sebenarnya semua yang berada di sekeliling kita merupakan cikgu kepada kita sama ada pembelajaran itu dalam bentuk formal atau tidak formal dan seperti mana yang kita ketahui, para cikgu merupakan ibu-bapa kita yang ke-2 selepas ibu-bapa kita sendiri. (sila baca)

Pada saya, jasa para cikgu amat besar dalam kehidupan saya. Tanpa bantuan para cikgu, pasti saya tidak jadi seperti mana sekarang. Bila diingatkan kembali, dari saya sekolah rendah lagi saya merupakan pelajar yang malas nak buat kerja sekolah dan perangai tersebut terbawa sampai ke tingkatan 5 (yang saya tahu,datang pagi-pagi, ambil buku kawan dan tiru). Bila masuk sekolah menengah saya suka ponteng sekolah, pagi pergi sekolah, bila pukul 12 lebih dah hilang (fly). Saya amat bersyukur akhirnya tabiat malas buat kerja sekolah dan kaki ponteng dapat saya buang bila belajar di tingkatan 6, setelah melihat kawan-kawan dapat sambung belajar ke matrikulasi dan universiti dan dari situlah saya membulatkan tekat untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian belajar di menara gading, Alhamdulillah impian itu tercapai juga akhirnya. Pengajaran yang saya dapat ialah, janganlah kita melawan cikgu sebaliknya sayangilah cikgu seperti mana kita sayang pada ibu-pada kita sendiri.

Terima kasih cikgu, terima kasih cikgu, terima kasih cikgu, buat para cikgu yang pernah mengajar saya bermula di Taski Abim, Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, SekolahMenengah Kebangsaan Undang Rembau, Sekolah Dato' Sedia Raja dan para pensyarah di Universiti Utara Malaysia, tanpa tunjuk ajar dan bantuan mengajar kepada saya. Janganlah kita ikut resmi lalang sebaliknya ikutlah resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk ke bumi.

2 comments: