Friday, May 21, 2010

KERJA OH KERJA..

1. Sepertimana yang kita ketahui secara umumnya, negara kita merupakan lubuk pekerjaan bagi warga asing terutamanya dari negara jiran dan dunia ke-3. (baca sini)

2. Sektor pekerjaan yang telah pun di monopoli oleh warga asing dalam bidang pembinaan, perkilangan, perladangan, pembantu rumah dan keselamatan (pengawal keselamatan). Agak menghairankan saya, mengapa ini berlaku pada negara kita?. Adakah penduduk di negara kita memilih pekerjaan, sehingga sektor berkenaan di monopoli oleh warga asing. Itu merupakan mungkin salah satu faktor utama.

3. Kita perlu mengakui, bahawa pekerja asinglah yang banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara kita, tanpa mereka pasti KLCC, KL Tower dan pelbagai bangunan pencakar langit pasti tidak mampu di siapkan mengikut jadual. Tapi perlu juga di ingatkan, apabila kebanjiran pekerja asing telah banyak menimbulkan masalah sosial dan jenayah yang dilakukan oleh mereka. Pekerja asing juga menyebabkan aliran tukaran wang asing ke negara luar melibatkan jumlah yang tinggi, disebabkan mereka menghantar kiriman wang buat keluarga di kampung.

4. Kita perlu fikir sedalam-dalamnya, sejauh mana perlunya negara kita bergantung pada pekerja asing, jangan sampai satu tahap, penduduk kita menjadi pekerja bawahan pada pekerja asing, dan pada masa itu, baru kita sedar bahawa betapa ruginya dan malasnya sikap masyarakat kita.

No comments:

Post a Comment