Wednesday, May 19, 2010

DARI PROJEK SAKIT, KINI MENJADI REALITI..






1. Hari ini, apabila saya membaca utusan sungguh terharu, apabila membaca artikel berkaitan dengan pembangunan pusat peranginan di atas Gunung Jerai berjaya disiapkan dan telah di rasmikan oleh Sultan Kedah. (baca sini)

2. Apa yang menarik perhatian saya, pada awal tahun 2008 semasa menuntut di Universiti Utara Malaysia, di dalam kelas Metodologi Pembangunan yang di ajar oleh En. Mohd Syahril Said, telah memberi tugasan kepada kumpulan saya mengenai "Pembangunan Peranginan Di Kawasan Tanah Tinggi" dan kami memilih Gunung Jerai sebagai kes kajian kami.

3. Pembangunan peranginan atas puncak Gunung Jerai telah lama dijalankan oleh pemaju, tetapi projek berkenaan menemui kegagalan untuk disiapkan disebabkan krisis kewangan 1998. Gunung Jerai merupakan sumber khazanah bagi negeri Kedah, dan memberi sumber pendapatan pada kerajaan negeri dalam sektor perhutanan, perlancongan, pendidikan dan lain-lain.

4. Apabila projek peranginan kawasan Gunung Jerai berjaya di siapkan oleh PKNK, merupakan satu kejayaan dari segi reputasi anak syarikat kerajaan negeri Kedah itu sendiri. Dari lawatan tapak saya pada awal tahun 2008, usaha untuk menyambung projek itu sedang berjalan tapi pada tahap yang amat perlahan. Tetapi akhirnya, dari projek sakit, kini telah menjadi realiti kepada buat semua rakyat negeri Kedah secara am nya.

5. Pihak berkenaan selepas ini, perlu menjaga ekosistem Gunung Jerai bagi sentiasa kekal dan terjamin supaya tidak dicemari dengan pelbagai sisa buangan, untuk memastikan kesegaran udara dan flora-fauna supaya tidak terancam. Sayangilah alam sekitar kita, dan janganlah bumi ini terus menderita dari perbuatan tangan-tangan manusia.

No comments:

Post a Comment