1. Pada masa terdekat ini saya melihat pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerima tamparan pelbagai peristiwa sedih yang terjadi didalam pasukan berkaitan kes polis tembak remaja. (baca sini)
2. Kita sebagai orang awam janganlah cepat membuat pelbagai andaian yang negatif terhadap PDRM berkaitan dengan isu yang hangat dipaparkan di media massa pada ketika ini, sebaliknya kita harus memberi peluang dan ruang pada pihak yang berkenaan untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu terhadap sesuatu kes.
3. Senario masyarakat kita pada hari ini, suka membuat hukuman sendiri tanpa meneliti perkara yang sebenar dan yang menyedihkannya ada pihak telah mempolitikan isu ini, untuk mencari publisiti murahan sebagai modal politik mereka kononya "membela rakyat". PDRM telah berkhidmat selama 203 tahun menjaga keamanan, tanpa keamanan tidak mungkin apa yang kita rasai sekarang sebagai rakyat Malaysia tidak mungkin dikecapi.
4. Seharusnya kita jangan cepat melatah dengan memberi pelbagai tafsiran dan andaian awal yang negatif terhadap sesuatu perkara yang berlaku sebaliknya kita perlu memahami dahulu sesuatu perkara yang terjadi berdasarkan fakta. Mereka yang bersalah tetap bersalah dan pasti akan dihukum.
No comments:
Post a Comment