1. Pada akhbar utusan hari ini, kita di sajikan lagi terhadap isu gejala buang bayi yang tidak berdosa dari hasil hubungan luar nikah terhadap remaja pada masa kini. (sila baca)
2. Episod cerita sedih ini semakin menjadi pada akhir-akhir ini. Dimanakah sifat perikemanusian yang ada pada kita, sampai sanggup memperlakukan pada anak kecil yang baru hendak menjadi khalifah diatas muka bumi ini, dibunuh dan dibuang atau ditanam oleh ibu-ayah sendiri?.
3. Pada pendapat saya, semua ini berlaku hasil dari lemahnya iman dalam diri dan agama diletakkan pada tempat terakhir. Mereka seperti ini, hanya mementingkan nafsu saja, tetapi tidak memikirkan sedalam-dalamnya buruk-baik perbuatan zina mereka tersebut.
4. Semua anggota masyarakat perlu bekerjasama untuk membendung masalah keruntuhan moral remaja pada masa kini, dan boleh menyebabkan runtuhnya institusi kekeluargaan pada masa depan. Ingatan ini juga telah disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan bersabda "Jika kita hendak melihat pemimpin masa depan, lihat remaja pada masa kini".
remaja sekarang mengalami masalah kekeliruan jiwa..tidak perlu menunding jari kerana ia takkan menyelesaikan masalah tetapi hendaklah kita muhasabah diri kita..apakah peranan kita sebagai insan untuk membendung gejala ini..hakikatnya, bukan anak muda tetapi masyarakat memandang rendah pada aspek agama..asas agama yakni solat sering di abaikan..jika asas ini kukuh, mungkin kita semua mampu memilih di antara baik dan buruk..tidak perlu kempen yang berjela2 untuk membendung semua ini..cukupla secebis iman di hati untuk mengatasi godaan duniawi..senang untuk melafazkan kata2, sukar untuk melakukannya..tetapi mungkin melangkah setapak kehadapan mampu mengubah sesuatu..
ReplyDelete