Saturday, May 29, 2010

JANJI MANIS MU..

1. Dato' Seri Anwar (DSA), semalam telah membuat janji manis sekali lagi berkaitan kabinet bayangan Pakatan Rakyat telah di bentuk dan kerusi TPM II akan diberikan pada DAP. (baca sini)

2. Janji ini dilakukan untuk menarik undi bagi kaum yang berkenaan pada pilihanraya akan datang dan memastikan beliau dapat meneruskan cita-cita untuk menawan Putrajaya.

3. Kalau kita lihat, DSA begitu pandau berjanji semasa sebelum piliharaya dan selepas pilihanraya janji hanya tinggal janji. Ini berlaku di negeri Selangor dimana janji hendak memberi bantuan kepada ibu tunggal dan OKU dalam bentuk elaun bulanan tidak kunjung tiba sehingga ke hari ini.

4. Kerusi TPM II untuk DAP, pada khidmat saya merupakan suatu tindakan "matlamat menghalalkan cara" oleh DSA. Jika pendekatan ini dilakukan, pasti kaum-kaum lain akan menuntut perkara yang sama dan pastinya akan menimbulkan konflik politik dan ketegangan kaum di negara kita.

5. Sepatutnya, kita tidak perlulah merubah apa-apa amalan di negara ini, dimana kita sebenarnya telah selesa dengan cara pendekatan pemerintah sekarang. Jangan hendak mencuba sesuatu yang baru tetapi risikonya amat besar di kemudian hari. Jangan di sebabkan kuasa dan politik, maruah agama dan bangsa kita tergadai.

Tuesday, May 25, 2010

INIKAH RAKAN SEBENAR?..

1. Kenyataan S.Vell Paari menyatakan bahawa UMNO punca masalah yang berlaku pada MIC sekarang adalah amat tidak berasas. (sila baca)

2. Kenyataan beliau seperti sengaja untuk melepaskan kemelut yang berlaku pada MIC ke tangan pihak lain dan tidak mengaku salah atas kelemahan sendiri. Selaku ahli jawatankuasa pusat MIC, beliau sepatutnya berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai komponen Barisan Nasional.

3. Jangan disebabkan kenyataan ini, menyebabkan hubungan antara UMNO dan MIC menjadi rapuh. Sepatutnya beliau memperbaiki keadaan sebenar bukannya mengeruhkan lagi keadaan dan jangan mengheret pihak lain dalam masalah keluarga sendiri.

4. Cara seperti ini, adalah politik yang tidak sihat buat BN, dan boleh merosakkan komponen BN itu sendiri. Jangan disebabkan kerana seorang pemimpin yang tidak mahu melepaskan jawatan, kita berpecah-belah dan ingatlah pemimpin akan pergi dan silih berganti.

Saturday, May 22, 2010

SALAH SIAPA?..

1. Berita kerugian syarikat GLC iaitu Sime Darby sebanyak RM 1.63 billion amat memeranjatkan semua pihak di negara kita, seperti bagaikan seperti "luka ditusuk sembilu" apabila mendengar berita berkenaan. (sila baca)

2. Selepas berita kerugian dilaporkan oleh Datuk Ahmad Zubir selaku CEO Sime Darby, beliau telah diberi cuti rehat oleh lembaga pengarah syarikat, untuk membolehkan siasatan kerugian dapat dijalankan. Ini menunjukkan seperti semua kerugian berpunca 100% daripada beliau? Pada saya, beliau tidak boleh disalahkan, ini kerana setiap keputusan berkaitan syarikat, akan di putuskan oleh mesyuarat ahli lembaga pengarah, bukannya keputusan individu sebaliknya keputusan komuniti.

3. Kerugian Sime Darby boleh dijadikan pengajaran buat semua GLC yang lain, biarlah kita kukuh betul-betul pada satu bidang dahulu, sebelum meneroka satu bidang yang lain. Setiap keputusan dalam hala tuju syarikat apabila waktu senang atau susah, perlu dipikul sepenuhnya bersama, jangan bila untung semua suka, bila rugi hanya perlu dipikul oleh seorang individu sahaja, sebaliknya kita perlu berubah dari sikap berkenaan.

Friday, May 21, 2010

KERJA OH KERJA..

1. Sepertimana yang kita ketahui secara umumnya, negara kita merupakan lubuk pekerjaan bagi warga asing terutamanya dari negara jiran dan dunia ke-3. (baca sini)

2. Sektor pekerjaan yang telah pun di monopoli oleh warga asing dalam bidang pembinaan, perkilangan, perladangan, pembantu rumah dan keselamatan (pengawal keselamatan). Agak menghairankan saya, mengapa ini berlaku pada negara kita?. Adakah penduduk di negara kita memilih pekerjaan, sehingga sektor berkenaan di monopoli oleh warga asing. Itu merupakan mungkin salah satu faktor utama.

3. Kita perlu mengakui, bahawa pekerja asinglah yang banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara kita, tanpa mereka pasti KLCC, KL Tower dan pelbagai bangunan pencakar langit pasti tidak mampu di siapkan mengikut jadual. Tapi perlu juga di ingatkan, apabila kebanjiran pekerja asing telah banyak menimbulkan masalah sosial dan jenayah yang dilakukan oleh mereka. Pekerja asing juga menyebabkan aliran tukaran wang asing ke negara luar melibatkan jumlah yang tinggi, disebabkan mereka menghantar kiriman wang buat keluarga di kampung.

4. Kita perlu fikir sedalam-dalamnya, sejauh mana perlunya negara kita bergantung pada pekerja asing, jangan sampai satu tahap, penduduk kita menjadi pekerja bawahan pada pekerja asing, dan pada masa itu, baru kita sedar bahawa betapa ruginya dan malasnya sikap masyarakat kita.

Wednesday, May 19, 2010

DARI PROJEK SAKIT, KINI MENJADI REALITI..






1. Hari ini, apabila saya membaca utusan sungguh terharu, apabila membaca artikel berkaitan dengan pembangunan pusat peranginan di atas Gunung Jerai berjaya disiapkan dan telah di rasmikan oleh Sultan Kedah. (baca sini)

2. Apa yang menarik perhatian saya, pada awal tahun 2008 semasa menuntut di Universiti Utara Malaysia, di dalam kelas Metodologi Pembangunan yang di ajar oleh En. Mohd Syahril Said, telah memberi tugasan kepada kumpulan saya mengenai "Pembangunan Peranginan Di Kawasan Tanah Tinggi" dan kami memilih Gunung Jerai sebagai kes kajian kami.

3. Pembangunan peranginan atas puncak Gunung Jerai telah lama dijalankan oleh pemaju, tetapi projek berkenaan menemui kegagalan untuk disiapkan disebabkan krisis kewangan 1998. Gunung Jerai merupakan sumber khazanah bagi negeri Kedah, dan memberi sumber pendapatan pada kerajaan negeri dalam sektor perhutanan, perlancongan, pendidikan dan lain-lain.

4. Apabila projek peranginan kawasan Gunung Jerai berjaya di siapkan oleh PKNK, merupakan satu kejayaan dari segi reputasi anak syarikat kerajaan negeri Kedah itu sendiri. Dari lawatan tapak saya pada awal tahun 2008, usaha untuk menyambung projek itu sedang berjalan tapi pada tahap yang amat perlahan. Tetapi akhirnya, dari projek sakit, kini telah menjadi realiti kepada buat semua rakyat negeri Kedah secara am nya.

5. Pihak berkenaan selepas ini, perlu menjaga ekosistem Gunung Jerai bagi sentiasa kekal dan terjamin supaya tidak dicemari dengan pelbagai sisa buangan, untuk memastikan kesegaran udara dan flora-fauna supaya tidak terancam. Sayangilah alam sekitar kita, dan janganlah bumi ini terus menderita dari perbuatan tangan-tangan manusia.

Tuesday, May 18, 2010

GEMBIRA DULU, DOSA KEMUDIAN..

1. Pada akhbar utusan hari ini, kita di sajikan lagi terhadap isu gejala buang bayi yang tidak berdosa dari hasil hubungan luar nikah terhadap remaja pada masa kini. (sila baca)

2. Episod cerita sedih ini semakin menjadi pada akhir-akhir ini. Dimanakah sifat perikemanusian yang ada pada kita, sampai sanggup memperlakukan pada anak kecil yang baru hendak menjadi khalifah diatas muka bumi ini, dibunuh dan dibuang atau ditanam oleh ibu-ayah sendiri?.

3. Pada pendapat saya, semua ini berlaku hasil dari lemahnya iman dalam diri dan agama diletakkan pada tempat terakhir. Mereka seperti ini, hanya mementingkan nafsu saja, tetapi tidak memikirkan sedalam-dalamnya buruk-baik perbuatan zina mereka tersebut.

4. Semua anggota masyarakat perlu bekerjasama untuk membendung masalah keruntuhan moral remaja pada masa kini, dan boleh menyebabkan runtuhnya institusi kekeluargaan pada masa depan. Ingatan ini juga telah disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan bersabda "Jika kita hendak melihat pemimpin masa depan, lihat remaja pada masa kini".

Sunday, May 16, 2010

IKTIBAR DARI NEGARA GAJAH PUTIH..

1. Situasi yang sedang berlaku di negara jiran kita iaitu negara Thailand yang dilaporkan di media massa mengenai pergolakkan politik dari kumpulan baju merah dengan kerajaan semakin membimbangkan sehingga sebahagian kawasan di ibu kota Bangkok diisytiharkan 'war zone'. (sila baca)

2. Apa yang menarik perhatian saya, perkara tersebut tidak mustahil boleh berlaku di negara kita, jika prinsip demokrasi berperlembagaan yang diamalkan di negara kita dicabuli oleh anasir-anasir yang mahu merampas kuasa melalui cara kekerasan sama seperti apa yang berlaku di negara gajah putih itu.

3.Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya bersama menjaga keamanan demi kebaikan bersama, ini kerana setiap apa keburukan yang berlaku nanti, akan menyebabkan banyak sektor mengalami kerugian terutamanya sektor ekonomi dan perlancongan yang merupakan sumber utama pendapatan negara.

4. Kita harus berbalik pada sejarah, janganlah kita lupa akan sejarah yang telah berlaku semasa sebelum merdeka dan pasca merdeka. Melalui sejarahlah yang akan membuatkan kita kembali berada di syaf yang betul untuk berganding bersama menangkis dan mempertahankan kedaulatan negara kita yang tercinta. Jangan bila dah terhantuk, baru nak ternyadah.

TERIMA KASIH CIKGU..

Hari ini merupakan sambutan hari guru. Guru atau cikgu merupakan insan yang telah mendidik kita dengan mengajar kita tentang ilmu pengetahuan untuk bekalan kita pada masa depan. Saya lagi suka menggunakan panggil cikgu berbanding guru, sebenarnya semua yang berada di sekeliling kita merupakan cikgu kepada kita sama ada pembelajaran itu dalam bentuk formal atau tidak formal dan seperti mana yang kita ketahui, para cikgu merupakan ibu-bapa kita yang ke-2 selepas ibu-bapa kita sendiri. (sila baca)

Pada saya, jasa para cikgu amat besar dalam kehidupan saya. Tanpa bantuan para cikgu, pasti saya tidak jadi seperti mana sekarang. Bila diingatkan kembali, dari saya sekolah rendah lagi saya merupakan pelajar yang malas nak buat kerja sekolah dan perangai tersebut terbawa sampai ke tingkatan 5 (yang saya tahu,datang pagi-pagi, ambil buku kawan dan tiru). Bila masuk sekolah menengah saya suka ponteng sekolah, pagi pergi sekolah, bila pukul 12 lebih dah hilang (fly). Saya amat bersyukur akhirnya tabiat malas buat kerja sekolah dan kaki ponteng dapat saya buang bila belajar di tingkatan 6, setelah melihat kawan-kawan dapat sambung belajar ke matrikulasi dan universiti dan dari situlah saya membulatkan tekat untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian belajar di menara gading, Alhamdulillah impian itu tercapai juga akhirnya. Pengajaran yang saya dapat ialah, janganlah kita melawan cikgu sebaliknya sayangilah cikgu seperti mana kita sayang pada ibu-pada kita sendiri.

Terima kasih cikgu, terima kasih cikgu, terima kasih cikgu, buat para cikgu yang pernah mengajar saya bermula di Taski Abim, Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, SekolahMenengah Kebangsaan Undang Rembau, Sekolah Dato' Sedia Raja dan para pensyarah di Universiti Utara Malaysia, tanpa tunjuk ajar dan bantuan mengajar kepada saya. Janganlah kita ikut resmi lalang sebaliknya ikutlah resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk ke bumi.

Saturday, May 15, 2010

TERINGAT KENANGAN SILAM..



Hari ini x ada wat pe2..aku hanya ddk dkt rumah sambil melayan anak buah kesayangan aku "ira syazwani"..mcm ragam melayan budak kecik ni..aku panggil dia "ci kenet gomok"..he2
Tiba2 aku rasa nk tulis ape yang aku wat dulu ms sblm hbs study..kalo ms sekolah dulu waktu cuti hujung minggu mcm ni aku dgn kwn2 mesti dh ada plan nk wat ape ms cuti..Kita org akan mengadakan persidangan dkt rumah aku dan disbbkn kwn2 aku selalu dtg rumah, smpai ayah aku buatkan 1 kerusi panjang untuk aku dan kwn2 lepak..Lepak smpai dr pukul 9 mlm smpai la pkl 12 lbh..

Kita org ddk lepak smbil, cerita kejadian yg berlaku dkt sekolah dan kalo ada cerita hangat tntng kwn2 mesti akan jd topik perbualan yg hangat sambil akan keluarlah pelbagai teori dan andaian..tapi semua teori dan andaian itu semuanya merepek..ha2..kwn yang selalu kena bahan ialah "mat topik" anak kpd cikgu marti..mat topik x hbs dgn pelbagai cerita cinta dia dgn jana, dr from 6 smpai la aku hbs study dkt universiti asyik cerita 2 sj ( tp x pernah dpt bercinta jana pn)...tp baru2 ni dia dh beralih arah cinta pulak (nama x bleh sebut nnti kantoi), semoga berjaya mendapatkan cinta baru..ha2

Masa cuti benda yang kita org selalu wat mesti g mandi geram atau g PD sambil wat bbq..Ingat lg, setiap sorang mesti kena tong-tong duit selalunya rm 5 sorang je (biasalah ms 2 semua x keje lg, masing2 masih ditanggung oleh biasiswa FAMA), utk beli brg2 bbq..kalo g PD mesti kuar awal pagi, sbb nk cari tempat yang baik utk bbq dan selalu mesti g Pantai Telok Kemang, Batu 4 dan Pantai Poli..Kalo g jeram pulak, mesti g lubuk talan je..sbb dkt dgn rumah boleh save budget..he2..Last kita org g mandi sblm nasir kawen ari 2, kira-kira dalam bulan 2, 2 pn plan last2 minit, x semua kwn2 dpt join..

Tapi itu semua dh jd kenangan bg aku dan kwn2..skrg ni masing2 dh ada hal tujuan dalam kehidupan masing2, kita org pn dh jarang jumpa, x mcm zaman sekolah dulu..Skrg kalo nk jumpa pn ms hari raya, sbb semua balik kampung..Aku ucapkan slmt berjaya kpd kwn2 iaitu ajam, nasir, mat topik, hafiz, bos, along, atok dan semua kwn2 yg lain, kalo nk sebut byk sgt..he2..good luck!!!

Thursday, May 13, 2010

SINDROM ADAMAYA (PART 2).


1. Dengan berakhirnya drama "Adamaya" pada petang tadi, berakhirlah spekulasi peminat bagaimana kesudahan cerita tersebut. Drama ini sangat menarik bagi saya kerana mempunyai banyak unsur nasihat dan para peminat yang boleh mengambil jalan cerita ini untuk dijadikan iktibar dalam kehidupan.

2. Apa-apa pun kita boleh menilai sendiri setiap perbuatan kita didunia ini dan ingatlah pesanan ini "setiap yang baik, akan dibalas dengan baik dan setiap yang jahat akan dibalas dengan jahat". Begitulah hukum hidup didunia ini, setiap perbuatan pasti ada balasannya.






USAH ULANGI KISAH LAMA..

1. Hari ini gelaplah 41 tahun sejarah duka buat negara dimana peristiwa 13. Mei. 1969 berlakunya rusuhan kaum selepasnya piliharaya 1969 yang di menangi oleh parti Perikatan (Barisan Nasional).(sila baca)

2. Secara ringkasnya peristiwa 13 Mei 1969 telah meragut amalan keamanan demokrasi masyarakat di negara kita, berpunca dari sikap parti pembangkang pada masa itu, merayakan kemenangan pilihanraya mereka dengan membuat perarakan di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan tersebut telah diselubungi dengan sentimen perkauman dan tercetusnya rusuhan kaum menyebabkan negara dalam keadaan darurat.

3. Apa yang kita boleh pelajari peristiwa tersebut adalah, jangan sesekali menimbulkan sentimen perkauman diantara kita, hak dalam telah termaktub perlembagaan perlu dipatuhi serta perlu mematuhi kontark sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu.

4. Kita pada hari ini, perlu mengekalkan keamanan yang ada pada hari ini, supaya kisah lama 13.Mei.1969, menjadi sejarah duka buat negara dan tidak lagi ulangi oleh generasi pada masa kini. Janganlah kita merosakkan keharmonian kehidupan yang telah di kecapi pada masa kini, demi untuk generasi akan datang.

Wednesday, May 12, 2010

Kembalikan Semangat 1992


TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH!!!..itulah ucapan yang boleh saya ucapkan kepada skuad piala Thomas negara yang telah menang menentang Denmark dan layak ke peringkat separuh akhir untuk bertemu dengan China. Perlawanan suku akhir menentang Denmark telah berlangsung selama 5 jam lebih, dengan pelbagai cabaran yang pemain lalui untuk memenangi perlawanan tersebut.

Apa yang menarik perhatian saya, sokong padu dari penyokong setia badminton negara amat tidak berbelah bahagi, sentiasa memberi sokongan padu dan semangat kepada pemain negara untuk terus berjuang untuk mencapai kemenangan. Suasana di stadium Putra begitu gamat dengan riuh-rendah suara penyokong badminton negara seperti mengimbau kembali pada tahun 1992 di stadium Negara. Melalui sukan kita boleh lihat bagaimana semangat setia kawan boleh dipupuk walaupun berbilang bangsa dan agama boleh di satukan tanpa ada perasaan negatif antara satu sama lain, demi mencapai satu matlamat iaitu kejayaan. Kepada skuad piala Thomas, teruskanlah misi untuk merampas kembali piala Thomas kali ini yang telah kita menangi 18 tahun dulu di stadium Negara. Kepada rakyat Malaysia berikanlah sokong padu kepada pemain badminton negara, untuk mencapai misi seperti tahun 1992. Malaysia Boleh!!!!

INGATAN BUAT AHLI UMNO..

1. Presiden Umno, Datuk Seri Najib sekali lagi mengingatkan ahli parti tersebut supaya tidak leka terhadap peranan mereka pada masyarakat khasnya pada bangsa Melayu. (sila baca)

2. Para ahli Umno tidak kira dari pucuk pimpinan mahupun akar umbi perlu melakukan perubahan corak kepimpinan dari "Top and Down" ke "Bottom up", bagi memastikan politik bangsa Melayu terus kukuh.

3. Kita harus sedar, sejak dari merdeka lagi kuasa ekonomi di pegang oleh bangsa asing bukannya bangsa Melayu. Dulu kita berada tempat ke-2 tetapi sekarang kita berada tempat ke-3 dari pegangan ekonomi, ini menunjukkan kita telah jatuh, dan perlu bangkit dari kejatuhan ini.

4. Kita jangan hanya pandai berpolitik sahaja, tetapi tugas perlu dilaksanakan untuk memastikan bangsa Melayu terus menerajui negara ini dalam pelbagai bidang, buanglah sifat negatif dalam diri dan bersatulah ke arah yang positif, supaya nasib bangsa Melayu tidak terkulai di bumi sendiri.

Tuesday, May 11, 2010

SINDROM ADAMAYA....



Drama Adamaya yang sedang ditayangkan di Tv3 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 6.30 petang mendapat perhatian penonton yang ditelah diadaptasi dari filem "I'm Not Single". Sehinggakan cerita drama tersebut menjadi tajuk perbualan cik Alia dan Cik Syafiqah masa di pejabat tadi dan pada malam semalam cerita ini turut dikaitkan dalam ceramah agama yang di sampaikan oleh Timb.Mufti Negeri Sembilan di masjid kampung saya. Apa yang menariknya sehingga ada quiz yang telah direka mengenai siapa kita, sama ada lebih cenderung kepada Adam @ Maya di laman sosial facebook.

Secara ringkasnya drama ini mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang telah dijodohkan oleh orang tua mereka. Watak si suami yang banyak berkorban dan mempertahankan ikatan perkahwinan yang telah mereka bina serta memberi yang terbaik kepada isteri dan anak, manakala watak si isteri sentiasa keliru untuk memilih antara cinta suami atau cinta pertama.

Pengajaran pertama yang kita boleh ambil dari drama ini walaupun tidak habis ditayangkan lagi ialah kita perlu yakin setiap apa yang berlaku pada kita adalah takdir dari Allah kerana kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan dan apa yang kita terima itu, kita perlu jaga sebaiknya kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai pemegang amanah di dunia. Keduanya, kita perlu memahami tanggungjawab dan keperluan tugas kita sebagai suami isteri kerana ianya saling melengkapi antara satu sama lain, begitu juga sebaliknya bagi perkara yang lain.








JANGAN CEPAT MELATAH..

1. Pada masa terdekat ini saya melihat pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerima tamparan pelbagai peristiwa sedih yang terjadi didalam pasukan berkaitan kes polis tembak remaja. (baca sini)

2. Kita sebagai orang awam janganlah cepat membuat pelbagai andaian yang negatif terhadap PDRM berkaitan dengan isu yang hangat dipaparkan di media massa pada ketika ini, sebaliknya kita harus memberi peluang dan ruang pada pihak yang berkenaan untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu terhadap sesuatu kes.

3. Senario masyarakat kita pada hari ini, suka membuat hukuman sendiri tanpa meneliti perkara yang sebenar dan yang menyedihkannya ada pihak telah mempolitikan isu ini, untuk mencari publisiti murahan sebagai modal politik mereka kononya "membela rakyat". PDRM telah berkhidmat selama 203 tahun menjaga keamanan, tanpa keamanan tidak mungkin apa yang kita rasai sekarang sebagai rakyat Malaysia tidak mungkin dikecapi.

4. Seharusnya kita jangan cepat melatah dengan memberi pelbagai tafsiran dan andaian awal yang negatif terhadap sesuatu perkara yang berlaku sebaliknya kita perlu memahami dahulu sesuatu perkara yang terjadi berdasarkan fakta. Mereka yang bersalah tetap bersalah dan pasti akan dihukum.

Monday, May 10, 2010

SALAM PEMBUKA BICARA.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada cik Alia kerana sudi mengajar saya untuk membuat blog ini dan semua rakan yang sudi melawat blog yang baru saya buat pada 9.5.2010 semperna hari ibu. Kepada semua rakan diharap dapat berkongsi apa-apa cerita dan bahan yang menarik untuk di kongsi bersama.

Sekian Terima kasih.