1. Saya selaku bekas penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) ingin mengucapkan tahniah kepada Naib Canselor yang baru iaitu Prof.Dr.Mohamed Mustafar Ishak atau lebih di kenali sebagai 'Profesor politik' pada tanggal 16 Jun 2010 ini.
2. Beliau merupakan staff akademik UUM yang pertama dilantik ke jawatan tersebut dan ini merupakan satu sejarah yang baru dilakar oleh UUM. Diharap beliau dapat membawa UUM jauh lebih maju ke hadapan dengan menggunakan segala pengalaman yang beliau miliki, selaras dengan moto "ILMU, BUDI DAN BAKTI".
3. Sekalung ucapan terima kasih buat mantan Naib Canselor Tan Sri Nordin Kardi yang telah membawa perubahan dalam pelbagai bidang terutamanya dengan pengenalan dari sistem fakulti ke sistem kolej. Jasa Tan Sri Nordin Kardi amat besar buat saya, ini kerana saya merupakan hasil produk keluaran UUM semasa beliau menjadi Naib Canselor.
4. Walaupun jauh di utara tanah air, tetapi UUM tetap dekat dihati saya, kerana disana banyak yang saya kenali tentang adat resam sebagai mahasiswa sebelum memperolehi segulung ijazah buat bekalan di hari yang mendatang.
tahniah kepada VC baru, semoga beliau terus memacu UUM ke arah mencapai kecemerlangan di masa hadapan sebaris dengan USM dan UM.
ReplyDeletetahniah jugak kepada Fadzli kerana telah menjadi salah seorang produk UUM yang baik dan berjaya, semoga terus cemerlang dalam mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup. :-)