Tuesday, June 15, 2010

VC BARU UUM

1. Saya selaku bekas penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) ingin mengucapkan tahniah kepada Naib Canselor yang baru iaitu Prof.Dr.Mohamed Mustafar Ishak atau lebih di kenali sebagai 'Profesor politik' pada tanggal 16 Jun 2010 ini.

2. Beliau merupakan staff akademik UUM yang pertama dilantik ke jawatan tersebut dan ini merupakan satu sejarah yang baru dilakar oleh UUM. Diharap beliau dapat membawa UUM jauh lebih maju ke hadapan dengan menggunakan segala pengalaman yang beliau miliki, selaras dengan moto "ILMU, BUDI DAN BAKTI".

3. Sekalung ucapan terima kasih buat mantan Naib Canselor Tan Sri Nordin Kardi yang telah membawa perubahan dalam pelbagai bidang terutamanya dengan pengenalan dari sistem fakulti ke sistem kolej. Jasa Tan Sri Nordin Kardi amat besar buat saya, ini kerana saya merupakan hasil produk keluaran UUM semasa beliau menjadi Naib Canselor.

4. Walaupun jauh di utara tanah air, tetapi UUM tetap dekat dihati saya, kerana disana banyak yang saya kenali tentang adat resam sebagai mahasiswa sebelum memperolehi segulung ijazah buat bekalan di hari yang mendatang.

Sunday, June 13, 2010

PERTAHANKAN HAK TANAH MELAYU DI KG BARU

1. Syabas diucapkan kepada kerajaan Barisan Nasional terutama kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Raja Nong Chik yang baru-baru telah mengadakan sesi perjumpaan untuk menyelesaikan isu tertangguh bersama waris pemilik tanah di Kg.Baru Kuala Lumpur. Perjumpaan tersebut walaupun isu panas berkaitan dengan status milik hak tanah telah di bangkitkan oleh para waris dan berjaya dijawab oleh Dato' Raja Nong Chik dengan baik dan telah mendapat persetujuan bersama.

2.Usaha kerajaan untuk membangunkan tanah di Kg.Baru sepatutnya telah dibangunkan. Tetapi pembangunan ini telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak dengan menggunakan isu hak milik tanah untuk tujuan yang lain bagi mengagalkan pembangunan ini. Selain itu, penerangan dari pihak kerajaan tidak begitu jelas pada penduduk Kg.Baru terutamanya para pemilik tanah berkenaan mengenai isu hak milik tanah bila tanah tersebut dibangunkan.

3. Pada akhbar utusan hari ini (sila baca), Dato' Raja Nong Chik telah menerangkan berkaitan penyelesaian permasalahan berkenaan, pemilik tanah Kg.Baru boleh menarik lafaz lega kerana suatu badan berkaitan tanah akan ditubuhkan bagi memantau dan mengawal pembangunan tanah hak milik Melayu di Kg.Baru supaya sentiasa terus kekal sebagai milik Melayu walaupun dibangunkan oleh bangsa asing. Secara simboliknya, ini merupakan suatu kejayaan bagi kerajaan dan penduduk Kg.Baru bagi memastikan tanah terbabit dapat dibangunkan dan dapat membantu ekonomi masyarakat Melayu di Kg.Baru Kuala Lumpur.

Tuesday, June 1, 2010

SELAMATKAN PARA FLOTILA GAZA

1. Begitu kejam sekali kerajaan Israel, sehingga tergamak mengarahkan tentera komando Israel menyerah kapal bantuan antarabangsa untuk umat Islam di Gaza. (baca sini)

2. Dimanakah sikap dan sifat perikemanusiaan bangsa Yahudi pada bangsa lain?. Pada saya bangsa Yahudi tidak mempunyai sikap dan sifat perikemanusiaan pada bangsa lain seperti lafaz cita-cita mereka pada 24 Protokol Yahudi yang mahu menubuhkan 'Kerajaan Yahudi Antarbangsa'. Seperti terjemahan didalam surah al-Maidah, ayat 82 " Pasti kamu akan dapati, orang yang paling kuat penentangannya terhadap orang yang beriman adalah orang Yahudi dan orang yang menyekutukan Allah" .

3. Amerika Syarikat seperti membisu atas tindakan Israel tersebut, tetapi jika negara lain seperti Iran, Korea Utara pasti tindakan sekatan ekonomi telah dijalankan. Liga Arab tidak habis-habis hendak mengadakan mesyuarat tergembar, tapi keputusan dari mesyuarat tersebut telah pun diketahui iaitu hanya membuat kritikan sahaja, tetapi tindakan seperti mengiringi pasukan konvoi Flotila Gaza tidak dilakukan.

4. Satu tindakan yang baik dilakukan oleh pihak JAKIM, dimana telah mengeluarkan satu arahan kepada semua masjid untuk membuat solat hajat dan qunut tazirah untuk memohon selamatkan para Flotila Gaza dan penduduk di bumi Palestin.