Friday, April 22, 2011

HARI BUMI SEDUNIA???

SETIAP TANGGAL 22 APRIL, MERUPAKAN HARI YANG TELAH DITETAPKAN SEBAGAI SAMBUTAN HARI BUMI. INI MERUPAKAN SATU USAHA YANG DILAKUKAN OLEH NGO DI PERINGKAT DUNIA UNTUK MEMBERI TAHU BEGITU PENTINGNYA PERANAN KITA DI MUKA BUMI INI DAN BAGAIMANA UNTUK KITA MENYELAMATKAN BUMI INI DARI TERUS DI ROSAKKAN OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

PADA PANDANGAN SAYA, SEPERTI MENCURAHKAN AIR KE DAUN KELADI, JIKA DILIHAT KEMBALI KEMPEN KESEDARAN MENGENAI PEMANASAN GLOBAL SUDAH PUN SAMPAI KE PERINGKAT TERTINGGI. MELAUI PERSIDANGAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU MENGENAI ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN (UNCED) YANG KINI DIKENALI SEBAGAI SIDANG PUNCAK RIO SUDAH MULA MENGENAL PASTI ISU DAN CARA MENANGANI SEJAK 1992 LAGI.

ANTARA PERKARA DIPERSETUJUI IALAH PROSES PEMBANGUNAN MAPAN, YANG MANA NEGARA KAYA DIPERLUKAN UNTUK MENGURANGKAN PENCEMARAN DI NEGARA MASING-MASING, PADA MASA SAMA MEMBANTU NEGARA SEDANG MEMBANGUN MENGURUSKAN PENJANAAN TENAGA DENGAN LEBIH BERKESAN.


DI SAMPING ITU, ANTARA AGENDA YANG DIPERSETUJUI MEMBABITKAN USAHA MEMBASMI KEMISKINAN, PENINGKATAN KUALITI AIR, PENGGUNAAN TENAGA LEBIH BERSIH, PENTADBIRAN YANG BAIK, PENGGUNAAN TEKNOLOGI, PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN PRODUK YANG MESRA ALAM, PEMULIHARAAN LAUTAN DAN ISI KANDUNGANNYA SERTA INDUSTRI PELANCONGAN.

NAMUN, KEPUTUSAN SIDANG PUNCAK RIO TIDAK BEGITU MUDAH UNTUK DILAKSANAKAN. BEBERAPA NEGARA MAJU BERTINDAK UNTUK MEWUJUDKAN KUMPULAN SENDIRI DALAM MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK MENANGANI PELBAGAI ISU ALAM SEKITAR.

PROTOKOL KYOTO YANG BERMATLAMAT UNTUK MENGURANGKAN PEMANASAN GLOBAL DITANDATANGANI PADA 11 DISEMBER 1997. SEJUMLAH 191 NEGARA DUNIA KOMITED UNTUK MENGURANGKAN PENGGUNAAN GAS RUMAH HIJAU (GREENHOUSE) – KARBON DIOKSIDA, METANA, NITRUS OKSIDA, SULFUR HEXAFLORIDA – DI SAMPING BERSETUJU BERUSAHA MENGURANGKAN PENGELUARAN GAS DENGAN KADAR 5.2 PERATUS MENJELANG 2010 BERBANDING TAHAP PADA 1992.

BAGAIMANAPUN, SIDANG PUNCAK DI COPENHAGEN TAHUN LALU, MELAPORKAN HAMPIR SELURUH MUKA BUMI KITA HARI INI MENGALAMI ANCAMAN BENCANA AKIBAT FENOMENA PERUBAHAN CUACA YANG SEMAKIN SERIUS.

DALAM TEMPOH ENAM TAHUN KEBELAKANGAN INI, MANUSIA DIKEJUTKAN DENGAN PELBAGAI BENCANA ALAM. BERMULA DENGAN TSUNAMI YANG MERANAPKAN ACEH, PESISIR PANTAI THAILAND DAN SRI LANKA PADA 2004 KEPADA KEJADIAN TERBARU YANG MEMUSNAHKAN BEBERAPA BANDAR JEPUN, PERLU DIJADIKAN IKTIBAR.

SEBAGAI KESIMPULAN BENCANA ALAM SILIH BERGANTI, PERUBAHAN CUACA DAN PENCEMARAN ALAM YANG SEMAKIN SERIUS ADALAH FAKTOR YANG MEMBUAT SETIAP MANUSIA PERLU DUDUK MEMIKIRKAN SEMULA SUMBANGAN SETIAP SEORANG BAGI MEMASTIKAN BUMI INI TIDAK TERUS DIMUSNAHKAN OLEH PEMBANGUNAN DAN SIKAP ACUH TIDAK ACUH KITA SENDIRI. BERAPA BANYAK KEMPEN PUN JIKA SEMUA PIHAK TIDAK BEKERJASAMA PASTI MAKSUD YANG HENDAK DI TERJEMAHKAN PADA HARI BUMI TIDAK AKAN SAMPAI KE MANA-MANA.

Wednesday, November 17, 2010

Qurban Oh Qurban..

Hari raya Aidiladha ataupun hari raya Qurban, merupakan salah satu daripada perayaan utama bagi umat Islam di seluruh dunia. Secara amnya, perayaan ini bagi mengenang kembali peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim atas perintah Allah untuk menqurbankan anak baginda iaitu Nabi Ismail, akan tetapi Allah telah menggantikan dengan seekor kibas setelah melihat ketaatan baginda atas perintah Nya.

Tetapi, bagi kanak-kanak pula ada 2 perkara yang mereka mengetahui tentang raya Qurban, pertamanya Qurban binatang dan keduanya orang menunaikan fadhu haji. Hari raya Qurban adalah suatu hari dimana mereka akan melihat orang dewasa akan menyembelih lembu atau kerbau dan daging-daging tersebut akan di sedekahkan kepada orang miskin dan orang kampung. Keduanya mereka akan melihat di kaca televisyen mengenai laporan berkaitan tentang keadaan jemaah kita yang sedang menunaikan fardhu haji.

Apa yang saya ingin kongsikan disini, jika kita lihat semasa hari raya Qurban di negara kita, situasinya amat jauh berbeza sekali jika dibandingkan dengan hari raya Aidilfitri. Sebelum atau semasa hari raya Qurban, kita tidak akan lihat seperti perkara berikut :
1. Tiada jualan mega sale sehingga 80%
2. Tiada jualan kuih muih
3. Tiada open house
4. Tiada kedengaran bunyi mercun
5. Tiada pemberian duit raya
6. kurang rancangan hiburan seperti drama di televisyen
Begitulah apa yang saya perhatikan apabila tibanya hari raya Qurban, akan tetapi ada baiknya apabila 6 perkara diatas tiada semasa hari raya Qurban. Akan tetapi kita boleh lihat semasa hari raya Qurban, masyarakat kita akan mengamalkan konsep bergotong-royong semasa ibadah Qurban dilakukan baik pada yang muda mahu pun yang tua akan berganding bersama untuk melakukan apa yang perlu. Kemeriahan hari raya Qurban dapat dirasai apabila wujud semangat sedemikian pada masyarakat kita setiap tibanya hari raya. Benarlah kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama di jinjing"

Saturday, November 6, 2010

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

i. Wasiat Raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera"...

1. Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai Malaysia (perkara 1)

2. Tanah Simpanan Melayu @ Malay Rezab (perkara 89)

3. Rejimen Askar Melayu (RAM) (Seksyen 16(1) Akta Angkatan Bersenjata 1972)

4. Raja-Raja Melayu Sebagai Ketua Utama Negara (perkara 32)

5. Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia ( perkara 3 )

6. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia ( perkara 152 )

7. Kedudukan Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputra (perkara 153 )

(sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

ii. Apa yang boleh saya rumuskan di sini, kita sebagai bangsa Melayu seharusnya mengetahui 7 wasiat yang telah ditinggalkan oleh Raja-Raja Melayu sebagai salah satu pertahanan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara buat kita bersama. Jika kita tidak dapat menghayati dan mempertahankan wasiat ini, pasti kita tidak mampu menghadapi survivor hari mendatang yang belum tahu untung nasib kita nanti. Ingatlah perpatah ini. " di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung"..

Sunday, August 8, 2010

KAHWIN MUDA @ ZINA????..

1. Pada minggu ini dan lepas kerjaan negeri Melaka membuat cadangan untuk menubuhkan sekolah untuk remaja yang hamil (pelajar sekolah) dan membenarkan remaja berkahwin pada usia muda. (baca sini)

2. Cadangan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi pelbagai pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju. Cadangan kerajaan negeri Melaka ini adalah satu hasrat yang murni untuk membantu dan membendung masalah keruntuhan moral para remaja sekarang terutamanya remaja beragama Islam.

3. Kita setiap hari akan disajikan dengan berita kes buang bayi seperti yang dilaporkan di dada-dada akhbar. Dari mana datangnya masalah keruntuhan moral remaja sekarang?. Jawapanya "tepuk dada, tanya iman", pasti banyak jawapan yang kita akan perolehi dan secara tidak langsung banyak pihak yang akan turut dikaitkan di dalam masalah keruntuhan moral remaja pada masa kini.

4. Pada saya, cadangan yang dilontarkan oleh kerajaan negeri Melaka, merupakan satu pesanan yang amat jelas sekali mengenai keruntuhan moral remaja pada masa kini amat membimbangkan dan menakutkan. Tetapi pelbagai persoalan yang akan timbul sekiranya remaja yang berkahwin diwaktu usia muda mampu memikul tanggungjawab hidup berkeluarga? atau hanya untuk memuaskan nafsu sahaja?.

5. Apa-apa pun, pada pandangan saya, cadangan kerajaan negeri Melaka merupakan salah satu cara untuk memperbetulkan keadaan sebelum terlambat, akan tetapi cadangan tersebut perlu dikaji sedalam-dalamnya dan sewajarnya sama ada cadangan tersebut mendatangkan lebih banyak kebaikan atau banyak keburukan. Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan Hadis sebagai garis panduan kita bersama menuju arah kebaikan.

Sunday, July 18, 2010

PANGGILAN YANG MENGEJUTKAN..

Pada pagi Ahad ini, sedang aku tengah buka fb, tiba aku terima satu panggilan telefon. Bila aku lihat nombor yang tertera pada skrin hp, pendek sgt nombor ni "+60301"..buat aku cuak..

Pemanggil, tiba bertanyakan "ini Fadzli ka?,kenal lg x suara saya?"..memang buat aku cuak, sbb aku x biasa terima panggilan sebegitu..lantas aku menjawab "siapa ni, saya x cam la suara ni"..pemanggil berkata "saya Syahril, kenal masa dekat UUM"..aku terdiam seketika..x ku sangka pemanggil berkenaan adalah En.Syahril Said merupakan pensyarah aku yang paling sporting, beliau tgh wat Phd di Melbourne.."rasa mcm kena panggillan hangit pulak"..he2..Aku menjawab "laaa,en.Syahril ke ni?", beliau membalas dengan ketawa besar, sambil berkata "awat, suara saya da lain ka?, mungkin x sama mcm dulu ka?, mungkin angin dkt Australia lain kot"..
aku ingat en.Syahril ada balik dekat Malaysia balik bercuti, rupa-rupanya beliau call dari Melbourne, Austarlia..Beliau memang seorang yg sempoi pada aku, semasa aku belajar beliau seorang yang x lokek ilmu, kalo kita org ada masalah dlm study pasti beliau boleh tolong dgn memberi pandangan yang bernas.


(aku,shide,en.zainal n en.syahril ms ni dkt PICC, Putrajaya)



Masih aku ingat lg, beliau byk belanja aku makan..ha2..best2, port yg selalu kita org pergi dkt kantin Mardi Bukit Tangga, kalo dtg situ, smpai mak cik kantin 2 pun dh tahu apa yg dia nk oder, seperti biasa "mesti oder meggi",aku pulak mesti mkn nasi campur la..he2..ada satu ketika masa aku last year dkt UUM, ms 2 baru lps raya, mcm biasa la kena msuk study balik, lps hbs kelas, aku g bilik en.syahril nk tgk contoh report praktl senoir2 yg lps..smpai2 je aku dkt bilik dia, ddk dlm 15 minit smbil2 tgk report n borak2, dia ajak aku g mkn dkt Mardi Bukit Tangga, aku pn follow je..he2..smpai2 dkt Mardi Bukit Tangga, kita org tgk dkt kantin ramai org, rupa2 nya staff Mardi tgh buat jamuan hari raya..kita org dh nk patah balik, tp di tahan oleh staff2 dkt sana, suruh turut serta jamuan mereka..aku n en.Syahril merupakan tetamu x di undang, tetapi layanan yg dia org bg, cukup terharu bg aku..apa lg,nama pun dh jamuan hari raya, byk mknan yg aku pulun..mcm org x pernah mkn..tp mkn sate dkt sana memang best..

Kalo nk di cerita tentang en.Syahril memang byk, susah nk hbs kn..he2 (sebenar aku mls nk tulis pjg2, takut budak BDM jeles..he2) ..tapi ape2 pun en.Syahril memang best, thanks sbb byk bantu saya sepanjang saya belajar dan jd pelajar BDM..Ilmu, Budi, Bakti..

MELAYU DAN POLITIK..

1. "Melayu akan hilang kuasa politik jika UMNO dan Pas tidak bekerjasama pada PRU-13"..begitu pandangan yang disuarakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak,Tan Sri Harussani Zakaria. (sila baca)

2. Satu teguran yang terbuka buat kedua-dua parti politik tersebut, bagi memastikan kuasa politik masih dipegang oleh orang Melayu. Jika dilihat pada dasarnya, cadangan kerjasama ini telah lama dibincangkan oleh kedua-dua pihak, tetapi mendapat halangan daripada mereka yang tidak bersetuju pada cadangan berkenaan.

3. Tidak salah bila kita bersatu pada dengan satu tujuan iaitu "ISLAM", jika tujuan ini dipegang pasti segala permasalahan yang lalu boleh dilupakan dan membina satu jambatan untuk memastikan hak kita sebagai khalifah terhadap agama, bangsa dan negara terus dijaga dengan selamat.

4. Bersatulah demi kepentingan bersama tanpa ada persengkitaan.

Sunday, July 4, 2010

Negara Islam atau Sekular..

1. Saya amat tertarik mengenai rencana Utusan Mingguan pada hari ini berkaitan perbalahan politik antara Datuk Nik Aziz dan Karpal Sigh mengenai isu "Negara Islam".(Sila baca)

2. Ini merupakan isu yang telah lama dan boleh disifatkan seperti "tenggelam timbul" ini kerana semasa saya di bangku sekolah lagi percanggahan pendapat antara mereka berdua telah wujud mengenai isu terbabit. PAS mahu menubuhkan Negara Islam jika memerintah Malaysia, tetapi Presiden DAP, Y.B Karpal Sigh mengeluarkan kenyataan "langkah mayat saya dahulu, jika mahu menubuhkan negara Islam".

3. Pada pandangan pakar Perlembagaan Malaysia dari UIA iaitu Prof.Aziz Bari, didalam Perlembagaan perkara 3 (1) telah menyatakan agama Persekutuan ( Malaysia) adalah Islam. Ini bermakna Malaysia adalah sebuah negara Islam, tetapi bagi Karpal Sigh dan Majlis Peguam masih lagi berkeras menyatakan Malaysia adalah sebuah negara sekular.

4. Apa-apa pun pada saya, perkara ini tidak perlu di bangkitkan lagi, ini kerana Agama terletak diatas sekali dalam apa-apa bidang, tanpa agama seseorang pasti tiada satu garis panduan dan agama bukanlah ritual tetapi perlu di pegang setiap penganutnya. Begitu jugalah pada negara kita, tidak perlu diubah apa-apa lagi, kerana kita terbukti telah selesa dan hidup dengan aman. Sebaik-baik agama adalah Islam.