..Setelah lama tidak menulis dalam blog atas kesibukan yang melanda kerja, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1432 H yang akan menjelma tidak lama lagi, kepada keluarga dan semua sahabat andai, ribuan kemaafan dipohon jika ada silap dan salah..
..Disamping kita hendak menyambut hari lebaran , mari kita berfikir kembali kepada apa yang telah berlaku pada masa terdekat kini iaitu isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor pada 3 Ogos 2011 yang lalu dipercayai menyebarkan fahaman agama kristian kepada orang yang beragama Islam..Sehingga kini perkara tersebut masih lagi menjadi kemelut apabila perkara ini telah di politik sehingga membawa institusi istana terbabit dalam kemelut ini..
..Pada pandangan saya, isu ini perlu ditangani secara bersama antara satu sama lain, kita lupakan segala fahaman politik dan bangsa untuk mencari kebenaran yang diperlukan untuk memastikan masalah ini dapat kita tangani dan menguatkan pegangan dan fahaman Islam pada penganutnya bertepatan dengan Islam sebagai agama rasmi negara kita.. "Agama tidak boleh dipisahkan dari urusan negara, tetapi Agamalah menjadi tonggak buat negara"..