Friday, April 22, 2011

HARI BUMI SEDUNIA???

SETIAP TANGGAL 22 APRIL, MERUPAKAN HARI YANG TELAH DITETAPKAN SEBAGAI SAMBUTAN HARI BUMI. INI MERUPAKAN SATU USAHA YANG DILAKUKAN OLEH NGO DI PERINGKAT DUNIA UNTUK MEMBERI TAHU BEGITU PENTINGNYA PERANAN KITA DI MUKA BUMI INI DAN BAGAIMANA UNTUK KITA MENYELAMATKAN BUMI INI DARI TERUS DI ROSAKKAN OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

PADA PANDANGAN SAYA, SEPERTI MENCURAHKAN AIR KE DAUN KELADI, JIKA DILIHAT KEMBALI KEMPEN KESEDARAN MENGENAI PEMANASAN GLOBAL SUDAH PUN SAMPAI KE PERINGKAT TERTINGGI. MELAUI PERSIDANGAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU MENGENAI ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN (UNCED) YANG KINI DIKENALI SEBAGAI SIDANG PUNCAK RIO SUDAH MULA MENGENAL PASTI ISU DAN CARA MENANGANI SEJAK 1992 LAGI.

ANTARA PERKARA DIPERSETUJUI IALAH PROSES PEMBANGUNAN MAPAN, YANG MANA NEGARA KAYA DIPERLUKAN UNTUK MENGURANGKAN PENCEMARAN DI NEGARA MASING-MASING, PADA MASA SAMA MEMBANTU NEGARA SEDANG MEMBANGUN MENGURUSKAN PENJANAAN TENAGA DENGAN LEBIH BERKESAN.


DI SAMPING ITU, ANTARA AGENDA YANG DIPERSETUJUI MEMBABITKAN USAHA MEMBASMI KEMISKINAN, PENINGKATAN KUALITI AIR, PENGGUNAAN TENAGA LEBIH BERSIH, PENTADBIRAN YANG BAIK, PENGGUNAAN TEKNOLOGI, PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN PRODUK YANG MESRA ALAM, PEMULIHARAAN LAUTAN DAN ISI KANDUNGANNYA SERTA INDUSTRI PELANCONGAN.

NAMUN, KEPUTUSAN SIDANG PUNCAK RIO TIDAK BEGITU MUDAH UNTUK DILAKSANAKAN. BEBERAPA NEGARA MAJU BERTINDAK UNTUK MEWUJUDKAN KUMPULAN SENDIRI DALAM MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK MENANGANI PELBAGAI ISU ALAM SEKITAR.

PROTOKOL KYOTO YANG BERMATLAMAT UNTUK MENGURANGKAN PEMANASAN GLOBAL DITANDATANGANI PADA 11 DISEMBER 1997. SEJUMLAH 191 NEGARA DUNIA KOMITED UNTUK MENGURANGKAN PENGGUNAAN GAS RUMAH HIJAU (GREENHOUSE) – KARBON DIOKSIDA, METANA, NITRUS OKSIDA, SULFUR HEXAFLORIDA – DI SAMPING BERSETUJU BERUSAHA MENGURANGKAN PENGELUARAN GAS DENGAN KADAR 5.2 PERATUS MENJELANG 2010 BERBANDING TAHAP PADA 1992.

BAGAIMANAPUN, SIDANG PUNCAK DI COPENHAGEN TAHUN LALU, MELAPORKAN HAMPIR SELURUH MUKA BUMI KITA HARI INI MENGALAMI ANCAMAN BENCANA AKIBAT FENOMENA PERUBAHAN CUACA YANG SEMAKIN SERIUS.

DALAM TEMPOH ENAM TAHUN KEBELAKANGAN INI, MANUSIA DIKEJUTKAN DENGAN PELBAGAI BENCANA ALAM. BERMULA DENGAN TSUNAMI YANG MERANAPKAN ACEH, PESISIR PANTAI THAILAND DAN SRI LANKA PADA 2004 KEPADA KEJADIAN TERBARU YANG MEMUSNAHKAN BEBERAPA BANDAR JEPUN, PERLU DIJADIKAN IKTIBAR.

SEBAGAI KESIMPULAN BENCANA ALAM SILIH BERGANTI, PERUBAHAN CUACA DAN PENCEMARAN ALAM YANG SEMAKIN SERIUS ADALAH FAKTOR YANG MEMBUAT SETIAP MANUSIA PERLU DUDUK MEMIKIRKAN SEMULA SUMBANGAN SETIAP SEORANG BAGI MEMASTIKAN BUMI INI TIDAK TERUS DIMUSNAHKAN OLEH PEMBANGUNAN DAN SIKAP ACUH TIDAK ACUH KITA SENDIRI. BERAPA BANYAK KEMPEN PUN JIKA SEMUA PIHAK TIDAK BEKERJASAMA PASTI MAKSUD YANG HENDAK DI TERJEMAHKAN PADA HARI BUMI TIDAK AKAN SAMPAI KE MANA-MANA.