BUKAN EMAS PERTAMA YANG MENCANTIKAN ANDA, MELAINKAN YANG MEMPERCANTIKAN ANDA ADALAH AKHLAQ ANDA, DAN KEKAYAAN ANDA ADALAH ETIKA ANDA..
Thursday, August 25, 2011
SELAMAT HARI RAYA..
..Disamping kita hendak menyambut hari lebaran , mari kita berfikir kembali kepada apa yang telah berlaku pada masa terdekat kini iaitu isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor pada 3 Ogos 2011 yang lalu dipercayai menyebarkan fahaman agama kristian kepada orang yang beragama Islam..Sehingga kini perkara tersebut masih lagi menjadi kemelut apabila perkara ini telah di politik sehingga membawa institusi istana terbabit dalam kemelut ini..
..Pada pandangan saya, isu ini perlu ditangani secara bersama antara satu sama lain, kita lupakan segala fahaman politik dan bangsa untuk mencari kebenaran yang diperlukan untuk memastikan masalah ini dapat kita tangani dan menguatkan pegangan dan fahaman Islam pada penganutnya bertepatan dengan Islam sebagai agama rasmi negara kita.. "Agama tidak boleh dipisahkan dari urusan negara, tetapi Agamalah menjadi tonggak buat negara"..
Saturday, May 14, 2011
Selamat Hari Guru.
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(bersama cikgu rohana Ting 5)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
(bersama cikgu Noribah ting 5)
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
(bersama cikgu Nazliza ting 6)
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
(bersama cikgu Maimunah ting 6)
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
(bersama Dr.Jun UKM)
Sunday, May 8, 2011
Fort Rotterdam @ Benteng Ujung Pandang..
Kali ini, ingin berkongsi tentang pengalaman semasa membuat lawatan sambil belajar di Makassar pada 1-6 April 2011 yang lalu..Kalau kita datang ke Makassar, destinasi yang wajib perlu di lawati oleh semua pelancong semestinya Fort Rotterdam @ Benteng Ujung Pandang.
Dari segi sejarah Fort Rotterdam atau Benteng Ujung Pandang adalah sebuah benteng peninggalan Kerajaan Gowa-Tallo. Lokasi benteng ini berada di pinggir pantai sebelah barat Kota Makassar, Sulawesi Selatan.
Benteng ini dibangun pada tahun 1545 oleh Raja Gowa ke-9 yang bernama I manrigau Daeng Bonto Karaeng Lakiung Tumapa'risi' kallonna. Pada awalnya benteng ini di buat dari bahan dasar tanah liat, namun pada masa pemerintahan Raja Gowa ke-14 Sultan Alauddin bahan pembinaan benteng ini diganti ke batu padas yang berasal dari Pergunungan Karst yang ada di daerah Maros. Benteng Ujung Pandang ini berbentuk seperti seekor penyu yang hendak merangkak turun ke lautan. Dari segi bentuknya sangat jelas falsafah Kerajaan Gowa, bahawa penyu dapat hidup di darat mahupun di laut.
Nama asal benteng ini adalah Benteng Ujung Pandang, tetapi bagi orang Gowa-Makassar menyebut benteng ini dengan sebutan Benteng Panyyua yang merupakan markas pasukan katak Kerajaan Gowa. Kerajaan Gowa-Tallo akhirnya menandatangani perjanjian Bungayya yang salah satu sebab mewajibkan Kerajaan Gowa untuk menyerahkan benteng ini kepada Belanda. Pada masa Belanda menduduki benteng ini, nama Benteng Ujung Pandang diubah menjadi Fort Rotterdam. Cornelis Speelman sengaja memilih nama Fort Rotterdam untuk mengenang tempat kelahirannya di Belanda. Benteng ini kemudian digunakan oleh Belanda sebagai pusat pengumpulan rempah-rempah di Indonesia bahagian timur.
Kini di kompleks Benteng Ujung Pandang terdapat Museum La Galigo yang di dalamnya terdapat banyak rujukan mengenai sejarah kebesaran Makassar (Gowa-Tallo) dan daerah-daerah lainnya yang ada di Sulawesi Selatan.
Banyak tempat-tempat menarik di Makassar seperti tanah tinggi Toraja, Buluh Kumbah dan laini-lain untuk dilawati terutamanya bagi mereka yang mengemari pelancongan semulajadi, kerana di sini memiliki keindahan muka bumi yang menarik untuk diterokai.
Friday, April 22, 2011
HARI BUMI SEDUNIA???
PADA PANDANGAN SAYA, SEPERTI MENCURAHKAN AIR KE DAUN KELADI, JIKA DILIHAT KEMBALI KEMPEN KESEDARAN MENGENAI PEMANASAN GLOBAL SUDAH PUN SAMPAI KE PERINGKAT TERTINGGI. MELAUI PERSIDANGAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU MENGENAI ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN (UNCED) YANG KINI DIKENALI SEBAGAI SIDANG PUNCAK RIO SUDAH MULA MENGENAL PASTI ISU DAN CARA MENANGANI SEJAK 1992 LAGI.
ANTARA PERKARA DIPERSETUJUI IALAH PROSES PEMBANGUNAN MAPAN, YANG MANA NEGARA KAYA DIPERLUKAN UNTUK MENGURANGKAN PENCEMARAN DI NEGARA MASING-MASING, PADA MASA SAMA MEMBANTU NEGARA SEDANG MEMBANGUN MENGURUSKAN PENJANAAN TENAGA DENGAN LEBIH BERKESAN.
DI SAMPING ITU, ANTARA AGENDA YANG DIPERSETUJUI MEMBABITKAN USAHA MEMBASMI KEMISKINAN, PENINGKATAN KUALITI AIR, PENGGUNAAN TENAGA LEBIH BERSIH, PENTADBIRAN YANG BAIK, PENGGUNAAN TEKNOLOGI, PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN PRODUK YANG MESRA ALAM, PEMULIHARAAN LAUTAN DAN ISI KANDUNGANNYA SERTA INDUSTRI PELANCONGAN.
NAMUN, KEPUTUSAN SIDANG PUNCAK RIO TIDAK BEGITU MUDAH UNTUK DILAKSANAKAN. BEBERAPA NEGARA MAJU BERTINDAK UNTUK MEWUJUDKAN KUMPULAN SENDIRI DALAM MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK MENANGANI PELBAGAI ISU ALAM SEKITAR.
PROTOKOL KYOTO YANG BERMATLAMAT UNTUK MENGURANGKAN PEMANASAN GLOBAL DITANDATANGANI PADA 11 DISEMBER 1997. SEJUMLAH 191 NEGARA DUNIA KOMITED UNTUK MENGURANGKAN PENGGUNAAN GAS RUMAH HIJAU (GREENHOUSE) – KARBON DIOKSIDA, METANA, NITRUS OKSIDA, SULFUR HEXAFLORIDA – DI SAMPING BERSETUJU BERUSAHA MENGURANGKAN PENGELUARAN GAS DENGAN KADAR 5.2 PERATUS MENJELANG 2010 BERBANDING TAHAP PADA 1992.
BAGAIMANAPUN, SIDANG PUNCAK DI COPENHAGEN TAHUN LALU, MELAPORKAN HAMPIR SELURUH MUKA BUMI KITA HARI INI MENGALAMI ANCAMAN BENCANA AKIBAT FENOMENA PERUBAHAN CUACA YANG SEMAKIN SERIUS.
DALAM TEMPOH ENAM TAHUN KEBELAKANGAN INI, MANUSIA DIKEJUTKAN DENGAN PELBAGAI BENCANA ALAM. BERMULA DENGAN TSUNAMI YANG MERANAPKAN ACEH, PESISIR PANTAI THAILAND DAN SRI LANKA PADA 2004 KEPADA KEJADIAN TERBARU YANG MEMUSNAHKAN BEBERAPA BANDAR JEPUN, PERLU DIJADIKAN IKTIBAR.
SEBAGAI KESIMPULAN BENCANA ALAM SILIH BERGANTI, PERUBAHAN CUACA DAN PENCEMARAN ALAM YANG SEMAKIN SERIUS ADALAH FAKTOR YANG MEMBUAT SETIAP MANUSIA PERLU DUDUK MEMIKIRKAN SEMULA SUMBANGAN SETIAP SEORANG BAGI MEMASTIKAN BUMI INI TIDAK TERUS DIMUSNAHKAN OLEH PEMBANGUNAN DAN SIKAP ACUH TIDAK ACUH KITA SENDIRI. BERAPA BANYAK KEMPEN PUN JIKA SEMUA PIHAK TIDAK BEKERJASAMA PASTI MAKSUD YANG HENDAK DI TERJEMAHKAN PADA HARI BUMI TIDAK AKAN SAMPAI KE MANA-MANA.