1. Pada minggu ini dan lepas kerjaan negeri Melaka membuat cadangan untuk menubuhkan sekolah untuk remaja yang hamil (pelajar sekolah) dan membenarkan remaja berkahwin pada usia muda. (baca sini)
2. Cadangan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi pelbagai pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju. Cadangan kerajaan negeri Melaka ini adalah satu hasrat yang murni untuk membantu dan membendung masalah keruntuhan moral para remaja sekarang terutamanya remaja beragama Islam.
3. Kita setiap hari akan disajikan dengan berita kes buang bayi seperti yang dilaporkan di dada-dada akhbar. Dari mana datangnya masalah keruntuhan moral remaja sekarang?. Jawapanya "tepuk dada, tanya iman", pasti banyak jawapan yang kita akan perolehi dan secara tidak langsung banyak pihak yang akan turut dikaitkan di dalam masalah keruntuhan moral remaja pada masa kini.
4. Pada saya, cadangan yang dilontarkan oleh kerajaan negeri Melaka, merupakan satu pesanan yang amat jelas sekali mengenai keruntuhan moral remaja pada masa kini amat membimbangkan dan menakutkan. Tetapi pelbagai persoalan yang akan timbul sekiranya remaja yang berkahwin diwaktu usia muda mampu memikul tanggungjawab hidup berkeluarga? atau hanya untuk memuaskan nafsu sahaja?.
5. Apa-apa pun, pada pandangan saya, cadangan kerajaan negeri Melaka merupakan salah satu cara untuk memperbetulkan keadaan sebelum terlambat, akan tetapi cadangan tersebut perlu dikaji sedalam-dalamnya dan sewajarnya sama ada cadangan tersebut mendatangkan lebih banyak kebaikan atau banyak keburukan. Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan Hadis sebagai garis panduan kita bersama menuju arah kebaikan.